Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.
2. Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?
Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
3. Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?
4. Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?
Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangkan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.
5.Bagaimanakah cara untuk membuat pindahmilik tanah?
6. Berapakah jumlah fee yang dikenakan untuk sesuatu urusan pendaftaran
Urusniaga
BIL |
URUSNIAGA |
FEE /BAYARAN PENDAFTARAN (RM) |
1 |
Pindah Milik Tanah Kurang dari 25,000 |
50.00 |
2 | Gadaian | 150.00 / lot 50.00 / (PA) |
3 | Melepaskan Gadaian | 150.00 / lot 50.00 / (PA) |
4 | Perintah jual oleh Pentadbir/ mahkamah | 200.00 / lot Bukan Urusniaga |
Bukan Urusniaga
BIL |
BUKAN URUSNIAGA |
FEE /BAYARAN PENDAFTARAN (RM) |
1 |
Memasukan Kaveat Persendirian |
300.00 / lot |
2 | Menarik balik kaveat | 300.00 / lot 50.00 / (PA) |
3 |
a) Perletakhakkan(vesting order) RM100.00 b) Perintah mahkamah RM100.00 c) Surat sumpah (perubahan nama) RM50.00 d) Tukar nama RM100.00 e) Pengemaskinian nama dan no.kp RM100 |
100.00 / lot |
4 | Pendaftaran perintah pesaka | 50.00 / lot |
7. Bolehkan Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?