Soalan:
Apakah jenis-jenis Program Bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah diwujudkan?
 
Jawapan:
i. Program Penghargaan Warga Emas
   
ii. Program Bantuan Ibu Tunggal
   
iii. Program Bantuan OKU
   
iv. Program Anak Emas
   
v. Program Skim Pelajar Emas
 
Soalan:
Apakah syarat-syarat permohonan bagi setiap program bantuan tersebut?
 
Jawapan:
PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS

1) Pemohon mestilah berumur 60 Tahun ke atas.
2) Pemohon mesti berdaftar dengan SPR sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Waris.


PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

1) Warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.
4) Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
5) Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
6) Tidak berkahwin semula.
7) Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah
    satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Sijil Kelahiran semua anak.
- Salinan Kad Pengenalan semua anak.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.


PROGRAM BANTUAN OKU

1) Warganegara Malaysia.
2) Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.


* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pendaftaran OKU.
- Salinan muka hadapan buku bank.


PROGRAM ANAK EMAS

1) Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3) Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
4) Tarikh kelayakan mulai Januari 2011.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
-
Salinan MYKID.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.


PROGRAM SKIM PELAJAR EMAS

1) Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Terdiri daripada murid Darjah 1 & 4 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 & 4 bagi pelajar Sekolah Menengah
    yang bersekolah di Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
-
Salinan MYKID.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.
- Pengesahan sekolah menyatakan pelajar bersekolah di sekolah yang dinyatakan seperti dalam Borang Permohonan.



Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Program Bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
 
Jawapan:
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 45 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
     
Soalan:
Bagaimana hendak menyemak status pendaftaran?
 
Jawapan:
Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-6505701 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing. Kemudahan semakan status pendaftaran menerusi perkhidmatan SMS turut disediakan (buat masa ini terhad kepada Program Penghargaan Warga Emas sahaja)
     
Soalan:
Apakah bentuk sumbangan yang diberikan?
 
Jawapan:
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kewangan mengikut jenis program yang dipohon. Bagi Program Penghargaan Warga Emas, sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan dan bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1000 diberikan kepada waris warga emas. Bagi Program Bantuan Ibu Tunggal dan OKU, sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan. Bagi Program Anak Emas, setiap bayi yang didaftarkan dalam program ini akan menerima sumbangan RM200 sekali sahaja (one-off). Bagi Program Skim Pelajar Emas, setiap pelajar Sekolah Rendah (Darjah 1 & 4) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4) yang bersekolah di Pulau Pinang yang didaftarkan bagi program ini akan menerima sumbangan wang sebanyak RM100 sekali sahaja. (one-off).
     
Soalan:
Saya telah menghantar borang permohonan bantuan, tetapi semakan menerusi sistem iSejahtera menunjukkan tiada rekod.
 
Jawapan:
Setiap permohonan yang diterima akan disemak terlebih dahulu sebelum dimasukkan maklumat pemohon ke dalam sistem. Pemohon boleh menyemak status pendaftaran tersebut dari masa ke semasa.
     
Soalan:
Bilakah pembayaran akan dibuat?
 
Jawapan:
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.
     
Soalan:
Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bentuk program bantuan?
 
Jawapan:
Tidak. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas (sila rujuk syarat-syarat permohonan)
     
Soalan:
Bolehkah saya membuat permohonan program bantuan secara atas talian (online)?
 
Jawapan:
Tidak. Borang permohonan perlu dihantar secara serahan terus ke Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 45 KOMTAR. Pendaftar yang menerima borang permohonan tersebut akan menyemaknya terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat pemohon ke dalam sistem.
     
Soalan:
Bolehkah saya mendaftar sebagai pengguna sistem iSejahtera?
 
Jawapan:
Tidak. Akses ke dalam sistem iSejahtera terhad kepada semua Pendaftar dan Pengesah di Pusat Khidmat ADUN / Parlimen, Pejabat Daerah dan JKMN / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah sahaja. Walaubagaimanapun semakan status pendaftaran program bantuan masih boleh dibuat oleh semua pemohon tanpa perlu mendaftar sebagai pengguna sistem.
  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS