1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk program ini?

- Berumur melebihi 60 tahun pada 8 hb Mac 2010.
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pemilih mana-mana Kawasan Dewan Undangan Negeri  (KADUN) di Negeri Pulau Pinang sahaja.

2. Bagaimanakah caranya untuk mendaftarkan warga emas?

- Permohonan hendaklah melalui Borang Perdaftaran Warga Emas Negeri Pulau Pinang yang diberikan secara percuma dan boleh didapati di Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah atau Pejabat Khidmat ADUN masing-masing.
- Pemohon wajib menyertakan salinan kad pengenalan pemohon dan waris masing-masing.
- Borang permohonan yang lengkap diserahkan di Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah atau Pejabat Khidmat ADUN masing-masing.
- Pemohon boleh menyemak sendiri status pendaftaran dengan memasukkan nombor kad pengenalan menerusi laman web di alamat http:/iSejahtera.penang.gov.my

 

 3. Apakah faedah-faedah yang diterima oleh warga emas tersebut?

- Pemohon yang berjaya didaftarkan dan disahkan oleh Kerajaan Negeri akan menerima faedah-faedah seperti berikut:
- Bayaran-bayaran saguhati sebanyak RM100.00 setiap tahun.
- Bayaran pengurusan jenazah/kematian sebanyak RM1,000.00 kepada waris pemohon yang berdaftar.

 

4. Sekiranya  warga emas yang didaftarkan selepas 8 Mac 2010 meninggal dunia, bagaimanakah kaedah tuntutan bayaran RM1,000.00 dijelaskan?
-Waris yang didaftarkan perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut ke Pejabat Daerah:

  • Salinan Sijil Kematian Warga Emas yang didaftarkan.
  • Salinan Kad Pengenalan Waris yang dinamakan dalam boring pendaftaran.
  • Salinan permit pengkebumian.
  • Salinana muka hadapan buku akaun bank waris si mati.


-Pembayaran akan dijelaskan setelah disahkan oleh Kerajaan Negeri terus ke dalam akaun bank  waris.

 

  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS