Taman Rimba Bukit mertajam

Taman Rimba Bukit Mertajam (Cherok To’Kun) adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Ia terletak kira-kira 18 km dari Butterworth  manakala 6 km dari pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To’Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim.

Taman Rimba tersebut, selalu dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pengunjung luar dari negeri Kedah dan Perak. Mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan adanya anak-anak sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak dan pelantar pemandangan. Keunikan Taman Rimba Bukit Mertajam dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai jenis flora seperti pokok Meranti Seraya, Meranti Rambai Daun, paku pakis dan pokok bunga-bunga hutan. Manakala fauna terdiri daripada burung-burung, rama- rama dan serangga ‘exotic’.

Pelbagai kemudahan yang disediakan di Taman Rimba seperti kawasan untuk perkelahan , pekhemahan, merentas denai hutan, kolam mandi dan tempat penginapan. Bagi yang gemar dengan aktiviti cabaran fizikal pengunjung bolehlah mencuba aktiviti merentas denai hutan. Melalui aktiviti tersebut pengunjung dapat mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan asli di samping dapat merehatkan minda. 

Bagi pengunjung dari jauh mahupun tempatan yang ingin merasakan suasana malam dalam persekitaran hutan, bolehlah menempah ‘chalet’  yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut sila klik

  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS