Latar Belakang Daerah
Daerah SPT mempunyai keluasan 236.796 km persegi dan merupakan daerah ke-3 terbesar di Pulau Pinang. Jumlah penduduknya ialah seramai 362,820 orang [2010]. Terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang yang mendiami 21 buah Mukim. Seberang Perai Tengah mempunyai 4 buah bandar iaitu Bandar Bukit Mertajam, Bandar Perai, Bandar Perda, dan Bandar Seberang Jaya.