Perutusan Pegawai Daerah

 Zulkifli Long

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah adalah agensi yang mengurus dan mentadbir pengurusan tanah di Daerah Seberang Perai Tengah.

Antara bidang tugas Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah adalah memproses semua jenis permohonan tanah, mendaftar tanah-tanah milik yang diluluskan, menyimpan dokumen hakmilik, menerima dan memproses semua urusniaga yang berkaitan tanah.

Selain dari itu, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah turut menyelaras program bantuan-bantuan Kerajaan Negeri seperti Wang Ehsan Warga Emas, bantuan membina rumah orang miskin, pembaikan gerai dan dewan.

Adalah diharap melalui Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah  ini dapat memberi maklumat asas mengenai fungsi-fungsi pejabat. Saya mengalu-alukan sebarang bentuk  cadangan, idea, teguran dari orang ramai untuk meningkatkan lagi Perkhidmatan Awam.
 

[TUAN HAJI ZULKIFLI BIN LONG]
Pegawai Daerah,
Seberang Perai Tengah.

  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS