Latar Belakang

 

 

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) adalah merupakan pemangkin utama di dalam menerajui pembangunan daerah di Wilayah Seberang Perai. Ia terletak di tengah-tengah Zon Pembangunan Perindustrian Pulau Pinang khususnya di Wilayah Seberang Perai dan pada amnya terletak di tengah-tengah koridor Zon Pembangunan Utama Utara Semenanjung sama ada dari perspektif Utara-Selatan mahupun Timur-Barat Semenanjung.


Daerah Seberang Perai Tengah  mempunyai kemudahan prasarana yang lengkap dan terbaik iaitu mempunyai sistem rangkaian perhubungan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Timur-Barat, Pelabuhan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan Rangkaian Keretapi Utara-Selatan dan Antarabangsa Bangkok. Di samping itu mempunyai bekalan dan boleh dipertingkatkan mengikut keperluan dan kapasiti yang di perlukan.

Kepesatan pembangunan dibahagian pulau turut mendorong melonjakkan Daerah Seberang Perai Tengah  sebagai daerah yang beroperasi rancak dalam pembangunan hartanah terutamanya pembangunan hartanah yang melibatkan perumahan, perniagaan dan industri. Tambahan pula, Daerah Seberang Perai Tengah   turut mempunyai kemudahan Pembangunan Manusia yang baik dan terancang.

Daerah SPT mempunyai keluasan 236.796 km persegi dan merupakan daerah ke-3 terbesar di Pulau Pinang. Jumlah penduduknya ialah seramai 362,820 orang [2010]. Terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang yang  mendiami 22 buah Mukim. Seberang Perai Tengah mempunyai 4 buah bandar iaitu Bandar Bukit Mertajam, Bandar Perai, Bandar Perda, dan Bandar Seberang Jaya.

 

  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS