Fungsi
Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) boleh dibahagikan kepada tiga BAHAGIAN, iaitu Bahagian Pentadbiran Am, Bahagian Pengurusan Tanah & Bahagian Pembangunan.
Bahagian Khidmat Pengurusan
Mengurus perkara berkaitan Pentadbiran dan Kewangan, Majlis Sambutan dan Keraian, Keselamatan Daerah, dan Pengurusan Teknologi Maklumat Jabatan bagi melicinkan perlaksanaan tugas Bahagian-Bahagian dan anggota Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah.
Bahagian Pengurusan Tanah
Menguruskan semua permohonan berkaitan pelupusan dan pembangunan tanah, memungut hasil tanah dan menjalankan penguatkuasaan undang-undang tanah berdasarkan peraturan dan undang-undang tanah yang sedang diterima pakai serta membantu lain-lain agensi kerajaan merancang, melaksana dan memantau pembangunan tanah di Daerah Seberang Perai Tengah
Bahagian Pembangunan
Merancang, melaksana dan memantau projek dan program Pembangunan Fizikal dan Pembangunan Masyarakat di daerah Seberang Perai Tengah supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat di daerah Seberang Perai Tengah dipertingkatkan.