FOI

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI)

 

Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang adalah tertakluk di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

  1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

  2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara Pulau Pinang di talian terus 04-577 6500.

:::   Muat Turun Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014
     dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

:::  Muat Turun Pautan Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010(FOI).

:::  Muat Turun Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI )

:::  Muat Turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS