Bantuan

Mobile Web

 

Cara melayari portal menggunakan telefon bimbit anda.

  1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
  2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
  3. Pilih pelayar (‘browser’) yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile, dll.).
  4. Layari laman web menggunakan ‘browser’ dengan menaip http://spt.penang.gov.my dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).

mobilespt

Contoh paparan smart phone biasa

RSS

Apa itu RSS?

RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Mengapa RSS perlu?

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah pengguna dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDT SPT). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar  PDTSPT dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web PDT SPT dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  1. Pengguna boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan  kehendak anda.
  2. Pengguna secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
  3. Menjimatkan masa.
  4. Pengguna dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai PDT SPT lebih cepat dan berkesan.
  5. Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.


Bagaimana menggunakan RSS?

Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:

  1. Menggunakan perisian rssReader;
  2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).

W3C

W3C Disability Access

Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

A) Pengguna cacat penglihatan

 

Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah  menyediakan kemudahan terjemahan teks kepada audio khusus untuk pengguna yang mempunyai masalah cacat penglihatan. Pengguna hanya perlu klik pada ikon yang terdapat dibawah setiap halaman. Selain fungsi ini pengguna juga boleh menggunakan kaedah lain seperti yang berikut:

Dapatkan IE Page Reader di sini.

1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

B) Pengguna buta warna

 

Bagi pengguna buta warna, Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah ada menyediakan kemudahan fungsi pemilihan warna templet dan font. Pilihan fungsi tersebut dipaparkan di ruangan atas sebelah kanan halaman utama Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet  beserta font akan berubah serta-merta.

C) Pengguna warga tua

 

Bagi pengguna warga tua, Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas sebelah kanan halaman utama Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS