logo

red yellow blue normal  

pinsocial-facebook-box-blue-iconsocial-twitter-box-blue-icon

Cukai Tanah

1. Bilakah cukai tanah perlu dijelaskan?

Cukai tanah perlu dijelaskan setiap tahun pada atau sebelum 31 Mei tahun semasa. Bayaran denda lewat akan dikenakan jika bayaran dibuat selepas 31 Mei. Denda lewat tetap akan dikenakan walaupun bil di terima selepas 31 Mei mengikut "penang land rules" schedule II (Rule 12 )Tahun 2005

2. Berapakah kadar denda lewat yang akan dikenakan?

Kadar denda lewat yang dikenakan adalah 10% daripada jumlah Cukai Perlu Dibayar yang telah dikira kepada ringgit malaysia terhampir.

3. Bolehkah cukai tanah dibayar melalui pos?

Boleh, Cukai Tanah boleh di bayar melalui pos. Walaubagaimanapun bayaran hendaklah dibuat melalui  Kiriman Wang Pos, Cek, atau Bank Draf dan di tulis penama penerima Pentadbir Tanah Daerah.

4. Bilakah permohonan pengurangan cukai tanah dibuat?


Permohonan pengurangan cukai tanah boleh dibuat pada setiap tahun mulai 1 Jan dan kemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah sebelum 1 April dengan melengkapkan borang permohonan pengurangan cukai tanah yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah dan Tanah dengan salinan hakmilik bagi lot dan bayaran proses RM30.00 bagi setiap lot.

5. Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat di daerah-daerah lain?

Cukai tanah boleh dibuat di mana-mana daerah dalam Negeri Pulau Pinang.

6. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan Pindah Milik Tanah?

A)Borang 14A asal yang telah ditandatangani serta telahpun dibayar duti setem.
B)Borang PDS 14 dan bayaran adalah mengikut nilai pasaran oleh Jabatan Penilaian/Notis Taksiran.
C)Salinan resit bayaran cukai tanah

7. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan pemberimilikan Tanah Kerajaan ialah:-

A)Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri.

B)Bayaran wang proses RM200.00.
c)Dapatkan senarai semak & borang Jadual 1 di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah

8. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pentadbir Tanah semasa membuat permohonan pecah sempadan (9A)/Pecah Bahagian (9B) dan cantuman (9C) tanah oleh jurukur?

A)12 salinan pelan tatasusunan yang diluluskan oleh MPSP (untuk permohonan pecah sempadan dan cantuman).
B)5 salinan pelan tapak bersaiz A4.
C)1 salinan resit cukai tanah

9. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk e-permohonan perintah jualan?

A)Borang 16D Sek. 254 KTN.
B)Surat Akaun Penyerah Notis 16D.
C)Borang 16G S

10. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan ubah syarat?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-
A)Borang permohonan tukar syarat nyata dibawah KTN Akta 56/1995 (Seksyen 124 KTN 56/65)

11. Apakah Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan mengeluarkan lot daripada kawasan taliair yang diwartakan?

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

A)Surat permohonan mengeluarkan warta taliair.
B)Bayaran proses RM300.00 satu lot.

12. Jika saya tidak berpuas diatas cukai tanah yang dikenakan. Apakah saya boleh membuat rayuan?

TUAN/PUAN DIBOLEHKAN MEMBUAT RAYUAN TERHADAP CUKAI TANAH YANG DIKENAKAN DENGAN MENGISI LENGKAP BORANG RAYUAN PENGURUSAN CUKAI TANAH. RAYUAN TERSEBUT HENDAKLAH DIKEMUKAKAN PADA ATAU SEBELUM 28 FEB, TAHUN SEMASA DENGAN MENGEMUKAKAN JUGA BAYARAN PERMOHON&nbs
  • adun Adun.Net  
    ep ePerolehan    
    idirektori i-Direktori
    epintas ePintas    
    erumah eRumah    
  • mof mampu audit KSN penang jpa
  • pegis PEGIS hrmis HRMIS MyGov myGovernment    
    MSC MSC MySMS MySMS