logoEng

 china india thai 

Articles

Lesen Pendudukan Sementara (LPS)

Peraturan Pentadbiran

PERATURAN PENTADBIRAN

Aktiviti Lesen Pendudukan Sementara

Syarat-syarat Permohonan:

Seksyen 43 memperuntukan bahawa kuasa diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh Seksyen 42 boleh dijalankan hanya untuk faedah dan permohonan untuk penggunaannya boleh diterima hanya daripada orang-orang perseorangan dan perbadanan berikut:

  1. Orang biasa yang cukup umur.
  2. Perbadanan yang mempunyai kuasa dibawah perlembagaan untuk memegang amanah.
  3. Pemerintah-pemerintah Kerajaan, Organisasi  dan lain-lain orang diberi kuasa memegang tanah dibawah peruntukan-peruntukan Ordinan keistimewaan Diplomatik dan Konsul 1957.
  4. Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain

Cara-cara memohon

  1. Tiap-tiap permohonan hendaklah secara bertulis dengan menggunakan borang LPS(F)-1.
  2. Hendaklah disertakan pelan bagi tapak yang dipohon.
  3. Bayaran peoses sebanyak RM50.00

Proses Kerja

PROSES KERJA AKTIVITI LPS 

BIL.

PROSES KERJA

PEGAWAI YANG MELULUSKAN/RUJUK

SEK.UNDANG-UNDANG/PERATURAN

 

1.

 

Terima borang LPS(F)-dan dokumen-dokumen yang berkaitan. 

 

KT.2

 

Jadual 1 (Sek.65 KTN 56/65)

2.

Semak dokumen supaya teratur dan akui penerimaan. 

KT.2

 

3.

Daftar dalam buku daftar dan buka fail. 

KT.2

 

4.

Kemukakan kepada Bahagian Pelan untuk penyediaan pelan. 

Pelukis Pelan

 

5.

Sediakan surat untuk dihantar kepada Jabatan-jabatan Teknikal. 

KT.2

 

6.

Kemukakan surat-surat kepad Jabatan-jabatan Teknikal. 

KT.2

 

7.

Poskan surat-surat kepada jabatan-jabatan Teknikal. 

KT.2

 

8.

Kemukakan laporan tanah. 

Pegawai Petempatan

Borang LPS(F)-3

9.

Terima ulasan jabatan-jabatan teknikal dan laporan tanah dan sediakan draf Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan. 

KT.2

 

10.

Kemukakan draf MMK untuk semakan. 

KPPD(T) dan DO

 

11.

Kemukakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk ditandatangani. 

DO

 

12.

Dikemukakan Kertas MMK ke PTG, Pulau Pinang untuk dipertimbangkan. 

KT.2

 

13.

Terima keputusan dari PTG dan maklum kepada pemohon. 

KT.2

 

14.

Sediakan lessen bayaran bagi LPS. 

KT.2

 

15.

Masukkan didalam buku Daftar bayaran. 

KT.2

 

16.

Isikan Borang Pendaftaran LPS-LPS-1 ke Bahagian Komputer. 

KT.2

 

17.

Kemukakan ke Unit Komputer-PTG. 

KT.2

 

 

Carta Alir Kerja

CARTA ALIRAN KERJA UNTUK LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA

lps1

Mengenai SPT

  • News
  • Gallery
  • Info MyID
  • Source
  • Frequently Asked Questions
  • Statistic
  • 1
Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply