logoEng

 china india thai 

Homestay Mengkuang Titi

          Homestay Mengkuang Titi terletak kira-kira 25km dari Butterworth, Pulau Pinang. Ditemui pada tahun 1800 oleh sepasang suami isteri bernama Suasa dan Putih. Ketika penemuan  tersebut kampung ini dipenuhi dengan pokok mengkuang atau nama saintifiknya Pandanus Odoratissimus dan nama kampung ini dikenali sebagai Kampung Mengkuang. Pada tahun 1907 sebuah jambatan kayu telah dibina oleh pemerintah Inggeris merintang Sungai Mengkuang dan rentetan daripada itu maka kampung tersebut di tukar nama kepada Kampung Mengkuang Titi.

Keistimewaan Homestay

  1. Kemudahan asas (surau, dewan orang ramai, telefon awam)
  2. Permainan (congkak, teng-teng, gasing)
  3. Makanan (nasi lemak, bahulu, sambal udang)

Tempat ini amat menarik dengan suasana kampung yang tenang dan selesa serta pelbagai kemudahan yang telah disediakan untuk para pengunjung.

 

Mengenai SPT

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply